Sunday, October 3, 2010

Menghentam Islam tidak berhenti-henti

A`oodhu billahi min ash-Shaytani 'r-rajeem. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Raheem, Apalah yang mengerak suatu kumpulan untuk tergerak menghentam agama Islam yang begitu suci yang dibawa oleh rasulullah saw.? Persoalan itu kerap menjadi isu yang melanda diri apabila kita orang yang mengucap dua kalimat syahadah melihat dunia media yang tidak lansung melihat kekayaan Islam dan kontribusi cendikiawan Islam keteknologi dan dunia sekarang. Iblis dan syaitan tidak jauh daripada konspirasi untuk menjatuhkan manusia ke taraf yang lebih rendah daripada binatang. Kalau diambil hati serangan media ini, mungkin seseorang itu akan bergerak seperti yang dimahukan oleh iblis iaitu dengan kekerasan atau selainnya. Tetapi ini bukanlah caranya, sebaliknya dicadangkan untuk semua orang Islam itu bertindak dengan memegang teguh kepada perintah Allah swt dan mengikut makhluk tersayangnya, Nabi Muhammad saw. Kuasa yang ada kepada Islam melebihi segala senjata-senjata teknologi tinggi dan senjata medianya. Pulanglah kita kekuasa abadi Islam yang terletak didalam hati dan hidayah yang dianugerah oleh Allah swt. Tindakan serang oleh kumpulan ini janganlah dibalas dengan kekerasan kerana inilah yang dimahukan dan merupakan objektif strategi kumpulan ini. Mereka sedar bahwa kejatuhan jiwa manusia adalah dengan mengerakkan sifat kemarahan manusia yang kebanyakan kalinya didorong oleh siapa lagi?. Kekerasan akan memaparkan kepada bakal mualaf untuk menolak Islam dengan imej kekerasan itu. Hidayah adalah ditangan Allah swt dimana anugerah iman adalah kehendak Allah yang Maha Esa. Kita sebagai hamba dan khalifahnya harus mengambil iktibar bahwa Allah swt lah yang maha berkuasa dan Allah telah memberi kita kuasa yang sangat kuat iaitu kekuatan berdoa dan pasrah. Kita harus percaya bahwa kekuatan doa yang ikhlas akan menghancurkan niat jahat musuh Islam dan membawa manusia pulang kejalan yang diredhainya. Bukankah lebih baik sekiranya mereka yang bermusuh itu lansung menerima Islam daripada memuaskan nafsu untuk menghancurkan seorang lagi manusia. Bukankah dengan itu umat Islam akan lebih bertambah dan ini insyallah akan bawa ke kekuatan manusia. Kadang-kadang apabila dilihat media-media barat yang mamaparkan seolah orang islam itu adalah seornag terroris, saya hairan kerana dunia perdagangan, dunia kewangan, dunia politik mereka sudah pegang, apa lagi yang mereka mahu? Tidakkahcukup orang islam itu di bunuh beramai-ramai, tidakkah cukup kekayaan ornag islam dimanipulasi untuk keuntungan mereka, tidak cukupkah. Haruskah orang islam mengikut cara mereka yang tidak endah dengan moralitas, memakai pakaian mereka, memakan makanan mereka, meminum air mereka. Kalau dilihat ini bukanlah kerja manusia tetapi adalah strategi dan usaha yang paling jahanam,iblis dan kuncunya. Manusia itu ketika dilahir sempurna tetapi berdepan dengan iblis yang mengkudakan ego manusia, kemanusiaan seseorang itu akan runtuh sama sekali. Tidak menjadi suatu yang ganjil apabila seseorang ulamak boleh jatuh keperangkap iblis sekiranya ia tidak was-was. Untuk membalas serangan ini, kita harus belajar bahwa kita juga tidak boleh harus balas dengan cara yang sama kerana ini sudah menjadi suatu yang di terima oleh pihak mereka. Saya mengesyorkan kite berbalas dengan melihat kedalam hati kita dan sekeliling kita dan sentiasa majaga diri kita terkorban ke manipuais iblis jahanam. Ini bukan suatu perkara yang mudah tetapi berbekal ibadah dan zikr kita boleh membentuk barisan pertahanan yang mantap, INSYALLAH. Dunia akan mencabar kita tetapi didalam hati kita, itulah medan perperangan kita semua. Sesungguhnya perperangan hati kita itu lah jihad yang lebih menjaminkan, Insyallah. Apakah ertinya untuk tindak tandukk kita kepada hentaman bertubi-tubi dari mereka yang berniat jahat, dia hentam, kita solat, dia pukul kita tepis, dia maki, kita memuji, dia bengis, kita senyum, dia ganas, kita lembut, dia mengacau, kita tenang, dia marah, kita mengingatkan, dia rasa dia kuat, kita pasrah kepada Allah dan kekuatan yang dipinjamkan kepada kita.

No comments:

Post a Comment