Wednesday, September 15, 2010

Kebencian

A`oodhu billahi min ash-Shaytani 'r-rajeem. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Raheem, Kebencian..Ia itu suatu sifat yang memang ada pada semua manusia. Ia boleh membawa kepada yang baik atau yang buruk, bergantung kepada setiap individu. Kebencian kepada kejahatan, punca kejahatan, seks bebas, pembuangan bayi, ketidakadilan, sikap riak itu adalah antara kebencian yang membawa kepada peningkatan kemanusiaan kita. Menyuarakan pendapat tentang hak itu tidak membawa ke kebencian atau kelampaun melainkan jika ia mengajak kita ke langkah ganas. Di bumi Malaysia ini, orang melayu seolah-olah tiada lagi suara melainkan ia disuarakan oleh orang politik atau orang yang rasa dirinya ulamak. Sedih,sedih.. Hak itu memang suatu perkara yang sensitif yang harus dibawa dengan sikap yang terbuka dan adil. Kepastian bahwa hak sesiapa itu adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Esa jadi apabila kita bincang tentang hak itu memang jangan kita galakkan keriakan tetapi sekiranya penyuaraan hak itu adalah untuk berkomunikasi, ini adalah suatu yang kita harus pupuk. Setiap orang itu ada cara tersendiri untuk berkomunikasi, jadi sekira seorang bapak menegur anaknya dengan keras, itu tidak bermakna bapaknya tidak sayang atau kasih kepada anaknya. Sebaliknya, ia bermaksud untuk memperbaiki. Usaha setengah orang melayu menyuara ketidakpuasan kepada permintaan orang bukan melayu tidak lansung membawa kepada perpecahan atau berniat untuk menyinggung. Sebaliknya, ia bermaksud kepada betapa orang melayu itu menghargai kaum yang lain dalam membentuk kemasyarakatan Malaysia ini. Kita itu menghargai jasa mereka tetapi kita juga mengingatkan kaum itu untuk juga mengingat jasa-jasa orang kita. Kalaulah dasar-dasar yang lama sangat berbelah kepada orang melayu, tidak mungkin kaum bukan bumiputera ini masih menguasai lebih 80% ekonomi Malaysia. Orang Melayu adalah suatu kaum yang mempunyai nilai keprihatinannya yang tinggi melainkan mereka yang terbuang dengan arus baru yang dibawa oleh seorang pemimpin yang gila kuasa. Dia ini lansung melupakan jasa-jasa pemimpin yang lama. Apabila menharungi insiden kejam yang berlaku kepada 4 orang melayu, saya terharu apabila tiada kenyataan yang keras daripada kaum dari mana suspek-suspek itu berasal melainkan berkata ini adalah akibat daripada situasi ekonomi kumpulannya itu. Situasi ekonomi bukanlah sebab kekejaman itu berlaku. Kekejaman ini berlaku daripada “conditioning” yang berakar pada kebudayaan yang berbangga kepada puak gangsta yang konon bertindak sebagai Robin Hood komunitasnya. Ini tidak berlainan daripada Pablo Escobar yang tindakan kejamnya dihalalkan oleh komunitas sekelilingnya asalkan wang dan hiburan diberi. Filem-filem kaum ini juga membawa kesifat gangsterism kerana kerap kali orang kaya atau orang dari pemerintah itu digambarkan sebagai kejam. Ini juga tidak termasuk tindakan sumbang setengah pihak yang mendirikan tempat sembahyang mereka dimana-mana ada pokok yang kelihatan seperti mempunyai mancung gajah. Sekiranya kita bergaul dengan mereka, akan kedengaran kenyataan seperti “Aku ini rakan kepada adik/abang Pemimpin Gangsta ini dan itu” yang disuarakan dengan bangga sekali. Semenjak dahulu lagi, saya telah menyuarakan yang kita memang harus mendampingi sebahagian daripada kaum ini bukan di hotel-hotel tetapi ditempat tinggal mereka dan juga tempat sembahyang mereka. Pembangkang itu hanya mahu kuasa politik tetapi yang membuat kerja adalah pemerintah sekarang. Pembangkang itu bersedia menjanjikan dan menggadaikan segala apa yang telah dibina hanya untuk memuaskan nafsu politik mereka yang tidak berpada-pada. Kita harus ingat bahwa orang melayu/bumiputera yang membentuk kumpulan terbesar dipihak pentadbiran kerajaan senantiasa bertungkus lumus berbakti kepada yang bukan melayu tanpa meminta lebih dari apa yang harus ada pada suatu kaum sekiranya ia telah memberi jiwa Negara ini kepada yang pada mulanya pendatang asing.

No comments:

Post a Comment